Salam guys! Min sini nak bagitau korang tentang 5 tempat yang korang boleh survey dekat area Klang kalau korang ada rancangan nak berbuka puasa dekat luar sempena bulan Ramadan ni! Nak tahu lebih lanjut? Baca sampai habis tau!
1. Hausgrill Steamboat Cheese
Steamboat beraneka dengan pilihan makanan laut banyak sehingga rambang mata! Hausgrill menyediakan banyak pilihan untuk korang pilih macam aneka daging perapan yang gerenti membuat korang meleleh. Selain steamboat, makanan yang sedia makan juga disediakan macam rojak.
🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/nW1yyzas9APqftBP7
2. Nasi Kukus Sotong Besar Klang
Nasi Kukus Sotong Besar terkenal dengan makanan yang mereka terletak tertera di nama kedai mereka. Nikamati sotong besar goreng tepung rangup dengan nasi kukus, ataupun hidangan lain mereka seperti kambing bakar dan sup kambing.
🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/YJ6Vt9HKbAUm45cD7
3. Sate Famili
Sate beraneka jenis menanti korang jika korang singgah dekat Sate Famili! Kedai ni agak viral dengan orang Klang dan digemari oleh semua. Satenya bersaiz besar dan diperap dengan banyak rempah ratus yang sedap!
🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/WWYuWhRhijLLgM9x9
4. Sate Kajang Hj. Samuri Klang
Sate Kajang Hj. Samuri memang mencapai status lejen di seluruh Malaysia untuk sate. Setiap hari mereka dikunjungi oleh peminat sate. Kalau korang tak nak makan sate, ada juga makanan tempatan lain macam nasi goreng.
🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/2xPWixVwZyapwPkU6
5. Nyonya Kitchen and Caterers
Kalau korang craving makanan Nyonya untuk berbuka, Nyonya kitchen adalah tempat yang rekomended. Daripada ayam pandan, kari kepala ikan, sambal terung dan banyak lagi, hidangan mereka tentu dapat menaikkan selera korang.
🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/L2i42DMZQCRw7pWX8
Artikel oleh Farzana Iwani