Bahan
1 paket puff pastry - ready made
(Keluarkan dari peti sejuk dan biarkan lembut pada suhu bilik)
Bahan Sup
200gm isi ayam di cincang
6 biji cendawan butang segar / dalam tin - di dadu
2 ulas bawang putih - cincang
1/2 labu bawang besar - di dadu
250ml air
150ml susu cair
1/2 kiub pati ayamÂ
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar minyak zaitun / mentega
1 sudu teh gula
1/2 sudu teh lada putih / lada hitam
Sapuan
1 biji kuning telur
1/2 sudu besar susu sejat
parsley kering
Cara-cara :
- Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang besar hingga layu. Masukkan tepung gandum, kacau hingga rata. Masukkan air dan kiub pati ayam, kacau rata.
- Masukkan bahan-bahan yang lain dan masak hingga sup agak pekat. Tuang ke dalam acuan remekin 3/4 penuh. Ketepikan.
- Tabur tepung di atas papan canai, canai dan potong puff lebih besar dari saiz acuan. Tutup acuan dengan pastry puff. Simpan sebentar di dalam peti sejuk.
- Keluarkan dan sapu permukaannya dengan kuning telur dan tabur dengan parsley kering.
5. Bakar di dalam oven yang di panaskan dahulu pada suhu 190C selama 20-25 minit.
6. Enak di hidang panas.
*** kiub pati ayam biasanya masin, perasakan dengan sedikit garam sahaja.