26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 3, 2024
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    UK FISH & CHIPS NANWICH

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale

     

    Ke UK England menikmati hidangan Fish & Chips yang di gemari di seluruh dunia, inspirasi dari hidangan terkenal ini, saya jadikan Sandwich yang lazat mengandingkannya bersama MISSION NAN, ini adalah hidangan pagi hingga ke malam yang sangat mengenyangkan.  Jika travel ke England memang kita asyik lapar saja kerana cuaca yang sejuk, jadi sandwich ini adalah pilihan terbaik untuk di nikmati kerana bahan2 nya senang di cari mudah di sediakan dan halal 😀

    UK FISH & CHIPS NANWICH

    oleh Kak Wan

    BAHAN-BAHAN

    2 keping MISSION NAN

    100 gm Kentang Fries goreng

    2 keping Fillet Ikan goreng

    2 keping Daun Salad

    1 biji Tomato, hiris

    1 batang Timun, hiris

    1 sudu kecil Serbuk Lada Hitam

    1 biji Lemon

    PENYEDIAAN

    1. Panaskan MISSION NAN dalam Microwave sebentar.
    2. Sapu kepingan NAN dengan Tartar Sos.
    3. Susun daun salad, tomato dan fillet ikan.
    4. Di ikuti hirisan timun dan kentang fries.
    5. Tabur serbuk lada hitam secukupnya.
    6. Picit sos Tartar dan sos Cili.
    7. Letak sekeping lagi NAN di atas dan tekan sedikit.
    8. Potong dan hidang.
    9. Sedia di nikmati. bersama Sos Tartar dan perahan jus lemon.
    MENARIK:  Pais Kembung Tempoyak

    TARTAR SOS

    300 gm Mayonis 

    30 gm Jeruk Zaitun hijau

    1 biji Bawang Besar

    3 ulas Bawang Putih

    2 sudu makan Daun Parsley 

    1 sudu makan jus Limau Kasturi 

    1 sudu makan Gula Perang 

    1 sudu kecil serbuk Blackpepper 

    1/2 sudu kecil garam

    PENYEDIAAN

    1. Cincang halus, jeruk zaitun, bawang besar, bawang putih dan daun parsley.
    2. Gaul bersama Mayonis, tambah garam, gula, blackpepper dan jus limau.
    3. Gaul rata dan sedia di hidang bersama fish & chips.
    4. Untuk tekstur yang halus, blend sos sebentar.

    UK FISH & CHIPS NANWICH 

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.