Udang Goreng Bersalut Tepung
Sumber : Sue@Nenie Syurie Blogspot
Bahan-bahan :
20 ekor udang (Dibersihkan, dibuang kulit kecuali bahagian ekornya) atau sotong
3 sb (bumbung) tepung gandum
1 sb (bumbung) tepung beras
100 ml air
Garam secukupnya
1/2 sk eno
Penyediannya :
1. Masukkan tepung gandum dan tepung beras ke dalam mangkuk besar.
2. Kemudian masukkan sedikit garam dan 100 ml air. Kacau adunan sehingga sebati.(Ia akan kelihatan sedikit pekat)
3. Masukkan batter ke dalam freezer seketika sehingga mahu digunakan.
4. Keluarkan batter dari freezer dan masukkan eno. kacau sebati sehingga adunan nampak seakan berbuih-buih kecil dan adunan ringan.
5. Panaskan minyak, celup udang ke dalam (4) kecuali bahagian ekor dan putar2kan ia supaya salutan menjadi sedikit tebal dan goreng terendam sehingga kekuningan. Angkat dan toskan.
6. Sedia di hidang bersama sos kegemaran.
Sotong Goreng Bersalut Tepung
Special thanks to Sue, bestt,, five thumbs up!!