- Advertisement -
Bahan-bahan
2 cawan ubi gadung siap proses
1/2 cawan kelapa parut muda
1 sudu besar gula pasir
sedikit garam
Penyediaan :
Cuci ubi gadung dengan air garam hingga baunya hilang. Bilas beberapa kali dan toskan. Perah airnya terlebih dahulu, kemudian kukus hingga masak. Angkat dan ketepikan.
Kukus kelapa parut sebentar, angkat dan gaulkan bersama garam dan gula. Hidang bersama ubi gadung.
Penyediaan ubi gadung agak rumit, hirisan ubi gadung yang siap boleh di beli di pasar di kampung-kampung seperti di Kelantan dan Kedah, ubi liar ini hanya tumbuh di kawasan hutan atau kebun yang bersemak.
- Ubi gadung yang telah dibuang kulit nya hendak lah dihiris nipis2 setebal 3mm,lebih nipis lebih baik.
- Ubi gadung yang telah dihiris nipis mesti direndam kedalam air atau peram didalam suatu bekas seperti tempayan atau apa sahaja yang boleh dijadikan tempat rendaman, Bahan yang dicampur didalam air ialah garam dan asam gelugor, Ubi gadung ini akan direndam selama 3 malam.
- Setelah 3 malam direndam didalam tempayan dirumah, ubi gadung mesti direndam selama 3 malam lagi didalam air yang banyak atau dalam air yang mengalir seperti sungai dan alur/parit, Selama 3 malam direndam, ubi gadung  mesti dibalik2kan setiap pagi dan petang selama 3 hari itu untuk meneutralkan racunnya.
- Setelah 3 hari direndam didalam air yang berarus ubi gadung telah lengkap dalam proses untuk menawarkan racun yang terkandung didalam nya.
Ubi Gadung
KEMPEN IKLAN