Tepung Pelita Moden
By Kak Wan @ Resipitarasawan
Bahan Lapisan Bawah - Hijau
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
4 cawan air
1 cawan jus pandan (10 helai daun pandan + 1 cawan air), kisar dan tapis
1 sudu teh air kapur
1/4 sudu teh garam halus
1/4 sudu teh pewarna hijau
Bahan Lapisan Atas - Putih
4 sudu besar tepung beras (ratakan)
1 kotak kecil santan (250ml)
2 cawan air
1 sudu teh garam halus
Cara-cara :
1. Â Satukan bahan lapisan bawah dan bancuh hingga sebati. Â Tapis ke dalam periuk dan masak hingga pekat, licin dan berkilat.
2. Â Angkat dan masukkan ke dalam acuan kecil. Â Ketepikan.
3. Â Satukan bahan lapisan atas dan bancuh hingga sebati. Â Tapis ke dalam periuk dan masak hingga adunan pekat.
4. Â Angkat dan tuang ke atas lapisan hijau.
5. Â Sejukkan dahulu sebelum di hidang.
Nota : Â Tepung Pelita Moden di masak terus dan tidak di kukus seperti tepung pelita tradisi yang di isi di dalam bekas daun pisang dan di kukus. Â Gula pula di adun bersama bancuhan.
Tepung Pelita Moden