- Advertisement -
TEPUNG BUNGKUS
oleh Kak Wan
BAHAN INTI:
1/2 biji kelapa muda parut
200 gm gula melaka, racik halus
2 sudu makan air
2-3 sudu makan tepung pulut
1 helai daun pandan
Cairkan gula melaka dengan air bersama daun pandan di atas api kecil hingga mendidih. Masukkan kelapa parut dan gaul rata. Bila inti hampir kering, tabur sedikit tepung pulut, gaul rata hingga inti melekat. Sejukkan dan gentel bulat2.
BAHAN TEPUNG
150 gm tepung beras (1 cawan)
500 ml santan (2 cawan)
1/2 sudu teh garam
Daun pisang secukupnya di layur
CARA MEMBUATNYA:
- Lap dan layur daun pisang di atas api, potong mengikut saiz dikehendaki.
- Bancuh tepung beras bersama santan dan garam. Kacau atas api hingga separuh masak. Angkat dan biarkan suam sedikit. Panaskan kukusan.
- Ambil 2 sudu makan penuh bancuhan tepung dan letakkan di atas daun pisang. Letakkan 3 biji inti dan tutup dengan dua sudu lagi adunan tepung.
- Tutup daun pisang dan lipat kedua-dua hujung daun kukuskan selama 20 minit dengan api kecil.
- Sejukkan dan hidangkan
TEPUNG BUNGKUS
KEMPEN IKLAN