Tauhu Kukus Telur Masin
oleh Kak Wan
Bahan-bahan
1 paket tofu telur
2 keping tauhu
1 sudu besar tepung gandum
1 biji telur ayam
4 kuning telur masin
1 putih telur masin
100 gm isi udang / ayam (terpulang citarasa)
1 batang daun bawang / daun kuchai - hiris
1 tangkai cili merah - cincang
2 ulas bawang merah - cincang
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk pati ayam
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
Loyang - di gris dan alas daun pisang / plastik tahan panas
Bahan Sampingan
1/2 cawan taugeh, celur
1/2 cawan parutan carrot
1/2 cawan sengkuang
1/2 cawan timun hiris
Sos Cili atau sos kicap
- Kisar tofu, tauhu, isi udang, tepung gandum, putih telur dan telur ayam hingga halus.
- Gaulkan dengan hirisan cili, bawang dan daun bawang.
- Perasakan dengan garam, serbuk pati ayam dan lada putih. Gaul rata.
- Tuang ke dalam loyang, ratakan dan tekan kuning telur ke dalamnya.
- Tutup loyang dengan aluminium foil, kukus 25 minit.
- Setelah sejuk, potong dan hidang dengan bahan sampingan dan sos cili atau kicap.
Nota : Tauhu kukus boleh juga di goreng.
Celup ke dalam telur yang di kocok dan goreng hingga keperangan.
Tauhu Kukus Telur Masin