- Advertisement -
Tauhu Goreng Mentega
oleh Kak Wan
Bahan-bahan
4 keping tauhu goreng, potong dadu
180 gm broccoli, potong kecil
100 gm cendawan butang, potong kecil
1 sudu besar kicap cair
1 sudu kecil serbuk lada putih atau hitam
5 ulas bawang putih, cincang
1/2 sudu kecil garam
3 sudu besar mentega tawar
- Celur broccoli hingga lembut, tos dan ketepikan.
- Panaskan kuali, goreng cendawan dengan sedikit mentega hingga layu.
- Angkat dan ketepikan.
- Panaskan mentega, goreng bawang putih hingga keperangan.
- Masukkan tauhu kacau rata.
- Masukkan broccoli dan cendawan.
- Perasakan dengan kicap cair dan sedikit garam.
- Gaul rata dan angkat.
Tauhu Goreng Mentega
KEMPEN IKLAN