Talam Ubikayu Sago Gula Merah
Resipi by Kak Wan @ Resipicitarasawan
Bahan Lapisan Bawah
500gm parutan ubikayu
120gm gula pasir
200ml santan kotak
100gm kelapa parut putih
1/4 sudu teh garam halus
1 sudu kecil pandan emulco
1/2 sudu kecil pewarna hijau
Loyang 8 x 8in - sapu minyak dan alas dasarnya dengan plastik
Panaskan pengukus. Â Satukan semua bahan dalam sebuah bekas, gaul rata. Â Masukkan kedalam loyang. Â Ratakan dan kukus selama 25minit.
Bahan Lapisan Atas
200gm sago putih - rendam 15minit, Toskan
100gm gula merah
1 sudu besar gula pasir
50ml air
150ml santan kotak
100gm kelapa parut putih
1/8 sudu teh garam halus
Masak gula merah, gula pasir dan air hingga gula larut. Â Tapis kemudian satukan dengan bahan- bahan lapisan atas yang lain. Â Gaul hingga rata. Â Masukkan ke dalam loyang dan ratakan di atas lapisan bawah yang telah di kukus tadi. Â Kukus selama 25-30 minit hingga masak.
Sejukkan dahulu sebelum di potong.
Talam Ubikayu Sago Gula Merah