Talam Seri Muka Pandan Versi Hijau Tebal
Bahagian Pulut (Bawah)
- 1 cawan beras pulut (basuh & toskan)
- 1 1/4 cawan santan sederhana cair
- 1/4 sudu teh garam
- 1 helai daun pandan (carik & simpul)
Cara:
- Panaskan air kukusan hingga mendidih.
- Sapu minyak pada loyang saiz 7x7 (loyang 8x8) dan lapik plastik.
- Masukkan semua bahan kecuali daun pandan, dan kukus selama 25-30 minit dengan api besar.
- Buang daun pandan dan biarkan sekejap selama 5-10 minit.
- Tekan-tekan agar pulut menjadi padat.
Bahagian Atas (Lapisan Pandan)
Sila baca bahagian ini dan fahamkan
- 3 cawan santan sederhana pekat
- 5-6 helai daun pandan
- Secubit jintan manis (sikit jer)
- 3/4 cawan gula pasir
- 3 biji telur gred A
- 1/2 sudu teh garam
- 1 sudu besar membukit tepung kastard
- 1 cawan tepung gandum
- 1 sudu besar tepung gandum
- Sedikit pewarna hijau epal
Cara:
- Kisar bersama daun pandan dan jintan manis, pastikan menjadi 3 cawan selepas ditapis.
- Satukan semua bahan kecuali pewarna hijau epal dan kacau rata.
- Masak sekejap atas api perlahan sambil kacau hingga naik wap.
Tuang 1 atau 2 senduk atas pulut dan kukus selama 7-10 minit dengan api sederhana perlahan.
(Jika nak tuang semua adunan hijau terus ke atas pulut pun boleh, lagi mudah)
Buka tudung kukusan, cucuk-cucukkan garfu pada semua permukaan hijau, dan tuang baki adunan hijau.
Teruskan mengukus selama 25-30 minit.
Setiap 7-10 minit, buka tudung kukusan, lap bawah tudung dan teruskan mengukus. Ulangi hingga siap.
Apabila dah cukup masa buka tudung kukusan, biarkan terdedah dan teruskan mengukus dengan api besar selama 5 minit.
Siap...
P/S: Pastikan serimuka sudah betul-betul sejuk sebelum dipotong menggunakan pisau plastik atau pisau biasa yang dibalut plastik.
Selamat mencuba!
FREE SHIPPING 🚚 https://shopee.khairulamingfc.com/PERCUMA