26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, October 7, 2024
KEMPEN IKLANShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Talam Serimuka Pandan Versi Hijau Tebal

    Shopee CNY Sale

    Talam Seri Muka Pandan Versi Hijau Tebal

    Bahagian Pulut (Bawah)

    1. 1 cawan beras pulut (basuh & toskan)
    2. 1 1/4 cawan santan sederhana cair
    3. 1/4 sudu teh garam
    4. 1 helai daun pandan (carik & simpul)

    Cara:

    1. Panaskan air kukusan hingga mendidih.
    2. Sapu minyak pada loyang saiz 7x7 (loyang 8x8) dan lapik plastik.
    3. Masukkan semua bahan kecuali daun pandan, dan kukus selama 25-30 minit dengan api besar.
    4. Buang daun pandan dan biarkan sekejap selama 5-10 minit.
    5. Tekan-tekan agar pulut menjadi padat.

    Bahagian Atas (Lapisan Pandan)

    Sila baca bahagian ini dan fahamkan

    1. 3 cawan santan sederhana pekat
    2. 5-6 helai daun pandan
    3. Secubit jintan manis (sikit jer)
    4. 3/4 cawan gula pasir
    5. 3 biji telur gred A
    6. 1/2 sudu teh garam
    7. 1 sudu besar membukit tepung kastard
    8. 1 cawan tepung gandum
    9. 1 sudu besar tepung gandum
    10. Sedikit pewarna hijau epal

    Cara:

    1. Kisar bersama daun pandan dan jintan manis, pastikan menjadi 3 cawan selepas ditapis.
    2. Satukan semua bahan kecuali pewarna hijau epal dan kacau rata.
    3. Masak sekejap atas api perlahan sambil kacau hingga naik wap.

    Tuang 1 atau 2 senduk atas pulut dan kukus selama 7-10 minit dengan api sederhana perlahan.

    (Jika nak tuang semua adunan hijau terus ke atas pulut pun boleh, lagi mudah)

    Buka tudung kukusan, cucuk-cucukkan garfu pada semua permukaan hijau, dan tuang baki adunan hijau.

    Teruskan mengukus selama 25-30 minit.

    Setiap 7-10 minit, buka tudung kukusan, lap bawah tudung dan teruskan mengukus. Ulangi hingga siap.

    Apabila dah cukup masa buka tudung kukusan, biarkan terdedah dan teruskan mengukus dengan api besar selama 5 minit.

    Siap...

    P/S: Pastikan serimuka sudah betul-betul sejuk sebelum dipotong menggunakan pisau plastik atau pisau biasa yang dibalut plastik.

    Selamat mencuba!


    FREE SHIPPING 🚚 https://shopee.khairulamingfc.com/PERCUMA

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANShopee SaleShopee Sale

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.