Talam Labu Berlauk
Resipi by K1@Citarasawan
Bahan-bahan
100gm labu – di sagat halus
180gm tepung beras
40gm tepung jagung
20gm tepung gandum
1 liter santan (dari 1 biji kelapa)
1 sudu teh garam
Bahan Sambal Udang
200gm udang kering di tumbuk halus
2 ulas bawang putih - cincang halus dan goreng hingga kekuningan
3 ulas bawang merah - jadikan bawang goreng dan ramas halus
Hiasan : Daun bawang dan daun sup - cincang halus dan keringkan.
Hirisan cili merah
Cara membuat :
1. Untuk Sambal : Sangai sebentar udang kering dan gaulkan bersama bawang putih dan bawang merah goreng. Ketepikan.
2. Satukan tepung beras, tepung jagung, tepung gandum, santan dan garam.
3. Kacau atas api perlahan sehingga naik wap. Angkat dan campurkan dengan labu sagat dan separuh bahan sambal dan sedikit daun bawang dan daun sup kering.
4. Tuangkan ke dalam loyang 25 cm yang dilenser minyak.
5. Kukus sehingga 3/4 masak. Taburkan baki bahan lauk di atasnya.
6. Tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus lagi selama 25 minit atau sehingga masak.
7. Tabur dengan daun bawang dan daun sup kering.
8. Sejukkan dahulu sebelum di potong.
Talam Labu Berlauk