30.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 22, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    TAIWAN JIANBING CREPE WRAPWICH

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale

    Di Taiwan sejenis Crepe yang dipanggil Jianbing adalah makanan jalanan dan sarapan pagi kegemaran orang Taiwan dan pelancung yang berkunjung ke sana.
    Jianbing bermaksud "pancake goreng. Diperbuat daripada telur dan tepung gandum dan di goreng nipis garing, Crepe ini ditambah dengan pelbagai bahan berbeza daripada hirisan daging salai, sosej dan kuih goreng cina (Youtiao).
    Untuk crepe wrapwich ini, saya menggantikan Crepe dengan Mission Foods Malaysia MISSION WRAP, menutupinya dengan telur dan hasilnya mendapat wrap yang lembut, krispi di dalam dan garing di luar. Sarapan menjadi lebih mudah tanpa perlu menyediakan crepe lagi.
    TAIWAN JIANBING CREPE WRAPWICH
    oleh Kak Wan

    BAHAN-BAHAN:
    3 batang Chinese Youtiao, siap guna
    3 keping MISSION WRAP CHIA
    3 batang Sosej, panggang
    1 sudu makan Mentega
    3 biji telur besar
    3 sudu makan Sos Hoisin
    3 sudu teh minyak cili
    1 sudu makan Bijan panggang
    1 daun bawang, hiris halus
    1 daun Ketumbar, hiris halus
    2 helai Daun Salad Lettuce, hiris halus

    PENYEDIAAN:

    1. Goreng Youtiao hingga krispi dan ramas kasar.
    2. Panaskan kuali nonstick dengan sedikit mentega.
    3. Letak sekeping MISSION WRAP dan panaskan selama 15 saat.
    4. Pecahkan sebiji telur di atasnya dan ratakan hingga menutupi Wrap.
    5. Tabur dengan bijan, hirisan daun bawang dan ketumbar.
    6. Masak dengan api sederhana hingga bahagian bawah garing.
    7. Angkat dan renjis dengan sedikit minyak cili dan sos Hoisin.
    8. Letak Youtiao, sosej dan hirisan daun salad.
    9. Picit sos Hoisin lagi dan gulung wrap dengan kemas.
    MENARIK:  Pengat Campur

    TAIWAN JIANBING CREPE WRAPWICH

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.