30.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 18, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Swiss Roll Belang Harimau / Tiger Skin Swiss Roll

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale


    Swiss Roll Belang Harimau / Tiger Skin Swiss Roll

    Adunan Kek Coklat
    Bahan A
    3 biji kuning telur
    50gm gula kaster
    60ml air
    40ml minyak jagung / minyak masak
    75gm tepung gandum
    1/2 sudu teh esen vanila
    2 sudu teh coklat emulco
    1 sudu teh oren emulco

    Bahan B
    3 biji putih telur
    15gm gula kaster
    1/8 sudu teh cream of tartar

    Adunan Kulit
    7 biji kuning telur
    40gm gula kaster
    30gm tepung jagung
    1/2 sudu teh esen vanila
    1 sudu kecil air
    1 sudu kecil minyak

    2 buah Loyang 10 x 10" (utk kek dan kulit)
    (di alas dan di gris)

    Cara-cara :
    1.  Adunan Kek :  Pukul bahan B hingga kembang dan bertanduk.  Ketepikan.
    2.  Pukul kuning telur dan gula hingga kembang di ikuti air, minyak, esen vanila dan tepung.  Pukul dengan kelajuan tinggi hingga putih dan gebu.  Kaup balikkan dengan adunan B hingga bergaul rata.
    3.  Ambil 1/3 bahagian adunan, campurkan oren emulco dan adunan selebihnya di campurkan dengan coklat emulco.  Tuang ke dalam loyang bersebelahan warna, ratakan dengan spatula.  Hentakkan sedikit loyang untuk mengeluarkan gelembung udara.
    4.  Bakar di dalam oven yang telah di panaskan terlebih dahulu pada suhu 170C selama 10-15 minit.
    5.  Keluarkan dari oven dan sejukkan di atas redai selama 15 minit.  Tutup dengan loyang atau plastik supaya kek sentiasa lembab dan senang di gulung.
    6.  Sediakan sekeping kertas minyak yang lebih besar dari kek.  Terbalikkan kek dengan bahagian atas berada di bawah.  Keluarkan kertas alasnya.
    7.  Biar bahagian oren berada di dalam.  Sapu permukaan kek dengan jem atau filing, kemudian gulung dengan mengerakkan kertas ke depan seperti mengulung sushi.  Bungkus dengan ketat dan simpan di dalam peti sejuk selama 1 jam atau lebih.

    MENARIK:  Rainbow Push Up Cake


    8.  Adunan Kulit :  Panaskan oven pada suhu 200C.  Satukan semua bahan kulit dan pukul hingga menjadi pekat dan putih menggunakan kelajuan tinggi.
    9.  Tuang di dalam loyang yang di alas parchment paper / silpat  (biarkan lebihan kertas terjuntai untuk mudah di keluarkan.)  Ratakan adunan dengan spatula.
    10.  Bakar selama 5 minit hingga permukaannya keperangan. Sejukkan di atas redai.  Setelah sejuk motif kulit harimau akan kelihatan.
    11.  Alas dengan sekeping kertas minyak, kemudian terbalikkan bahagian luar kulit berada ke bawah, sapu tipis permukaannya dengan jem.
    12.  Letakkan gulungan kek, dan gulung perlahan-lahan.  Simpan di dalam peti sejuk sebelum di potong dan di hidangkan.
    Tips :  Seeloknya guna Silpat / parchment paper untuk mengelakkan adunan kulit dari melekat.  Kertas minyak biasa perlu di gris dengan minyak / shortening terlebih dahulu.
    Untuk adunan kulit, jangan gunakan mentega / marjerin cair kerana membuat motifnya tidak bersalur.

    Cream Buttercream
    30gm mentega
    50gm creamwell
    2 sudu besar susu pekat manis
    1 sudu kecil esen vanila
    Pukul hingga kembang dan berkrim

    atau
    100gm fresh cream
    15gm gula
    Pukul hingga kembang dan pekat

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.