28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, November 30, 2024
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Sup Tauhu Jepun / Japanese Bean Curd Soup

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale


    Sup Tauhu Jepun / Japanese Bean Curd Soup
    oleh Kak Wan

    Bahan-bahan
    1 tub tauhu jepun - potong
    2 ulas bawang putih cincang
    2 ulas bawang merah - mayang
    2 hiris halia - potong lidi
    100gm isi ayam - cincang halus
    2 kelobak bok choy (kobis cina)
    Bunga Lily Kering
    50gm Suhun
    50gm fucuk
    5 cendawan hitam kering
    1/2 sudu besar stok ayam atau 1/2 kiub ayam
    1/2 sudu kecil serbuk lada putih
    Air secukupnya
    Daun bawang dan daun sup - hiris
    Sedikit minyak untuk menumis

    Penyediaan :

    1. Rendam Suhun, Fucuk dan Cendawan hitam dalam air panas hingga kembang, Toskan.
    2. Panaskan minyak di dalam periuk.  Goreng bawang putih dan bawang merah hingga perang, Masukkan halia dan isi ayam.  Masak hingga ayam berubah warna.
    3. Masukkan air dan masak hingga mendidih.
    4. Masukkan cendawan, kobis cina, bunga lili, suhun dan fucuk.
    5. Perasakan dengan stok ayam dan serbuk lada sulah.
    6. Masak sebentar sehingga semuanya lembut.  Akhir sekali masukkan tauhu jepun.  Tutup periuk dengan penutup dan biar mendidih sebentar.  Jangan mengacaunya supaya tauhu tidak pecah.
    7. Untuk hidangan, masukkan sup ke dalam mangkuk dan tabur daun sup dan daun bawang hiris.
    MENARIK:  Biskut M&M Oats Monster / Monster Cookies

    Sup Tauhu Jepun / Japanese Bean Curd Soup

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.