- Advertisement -
Sup Asparagus Berkrim
oleh Kak Wan
Bahan-bahan
1 cawan bawang Holland cincang
1/2 cawan hirisan Celery atau Leek
1/3 cawan kacang peas beku atau segar
4 cawan hirisan asparagus
2 cawan stok ayam (air rebusan ayam)
3 sudu besar mentega
3 sudu besar tepung gandum
1/4 cawan dairy whipping cream
1 sudu besar jus lemon
garam dan serbuk lada sulah
- Panaskan mentega, tumis asparagus, bawang besar, leek, kacang peas hingga layu.
- Masukkan tepung, kacau biarkan masak sebentar.
- Masukkan stok ayam dan whipping cream. Kacau rata.
- Apabila mendidih, perasakan dengan kiub pati ayam, garam dan serbuk lada sulah secukup rasa.
- Biarkan mendidih, masukkan perahan jus lemon dan reneh sebentar.
- Angkat dan kisar hingga halus.
- Sesuai di hidang dengan pelbagai jenis roti.
Sup Asparagus Berkrim
KEMPEN IKLAN