Sticky Caramel Chicken Wings
oleh Kak Wan
Bahan A
12 ketul kepak ayam dikerat 2 basuh bersih dan tos
4 ulas bawang putih di tumbuk
2 inci halia di tumbuk
2 sudu kecil serbuk lada hitam kasar
1 sudu kecil serbuk cili kering
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil minyak bijan
5 sudu besar minyak masak
Bahan B
4 sudu besar madu
4 sudu besar kicap manis / pekat
1 sudu besar sos cili
5 sudu besar sos ikan
2 sudu kecil minyak bijan
2 sudu kecil gula
1 sudu kecil garam
Cara-cara :
1. Gaulkan semua bahan A kecuali minyak masak dan perap selama 1 jam. Kemudian panaskan kuali, masukkan minyak masak dan ayam yang di perap tadi. Masak hingga air ayam tersejat, tutup sekejap dengan tudung periuk lebih kurang 5 minit supaya ayam stim dan masak.
2. Kecilkan api, masukkan semua bahan B, gaul rata bersama ayam. Reneh dengan api perlahan dan setiasa di kacau supaya tidak hangus sehingga pekat dan bersalut rata dengan ayam.
3. Masukkan ke dalam pinggan dan tabur sedikit bijan yang di sangai.
Sticky Caramel Chicken Wings