Spaghetti Meatballs Nest Muffin
oleh Kak Wan
Sos Italian Meatballs
150gm meatballs siap guna - rebus dahulu, toskan
1 biji bawang besar - dadu
2 biji tomato - dadu
5 ulas bawang putih - cincang halus
2 sudu besar minyak zaitun
2 tin sos tomato Preggo atau jenama lain
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
1 helai bay leaf
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Penyediaan :
1. Â Panaskan minyak zaitun, tumis bawang besar, bawang putih hingga naik bau. Â Masukkan tomato dan bay leaf. Â Biarkan sehingga tomato hancur.
2. Â Masukkan sos tomato Preggo dan sedikit air, kacau dan biarkan seketika.
3. Â Masukkan meatballs, gaul bersama sos hingga rata. Â Tutup kuali dan biar mereneh seketika.
4. Â Angkat dan ketepikan. Â Sementara itu sediakan spagetthi nest.
Spaghetti Nest
Bahan-bahan
200gm spagetthi
1 1/2 sudu besar minyak zaitun
1 cawan parutan keju Parmesan
1/2 cawan parutan keju Parmesan untuk taburan
Cara-cara :
1. Rebus spagetthi hingga lembut. Â Angkat dan toskan. Â Gaul dengan minyak zaitun hingga rata. Â Biarkan sejuk selama 15 minit. Â Masukkan parutan keju parmesan dan gaul rata.
2. Â Spray/griss acuan muffin dengan minyak. Â Masukkan spagetthi hingga penuh. Â Letak atasnya sebiji meatball dan sosnya, tabur dengan parutan keju parmesan.
3. Â Bakar di dalam oven yang di panaskan dahulu pada suhu 190C selama 20-25 minit.
4. Â Sejukkan dahulu sebelum di keluarkan dari acuan. Â Hidang bersama sos meatballs.Note : Â Sos Italian Meatball boleh di hidang bersama spagetthi
Spaghetti Meatballs Nest Muffin