SOS THAI KELATE
Bahan-bahan:
- 3 ulas bawang putih dikopek
- 2 cili merah (nak pedas lagi boleh tambah cili padi)
- 1/2 cawan gula pasir
- 3/4 cawan air
- 1/4 cawan cuka
- 1/2 sudu besar (tbsp) garam
- 1 sudu besar tepung jagung di cairkan dengan 2 sudu besar air
Cara-cara:
1. Kisar semua bahan kecuali tepung jagung.
2. Masak kisaran dengan api sederhana.
3. Bila mula mendidih, masukkan cairan tepung jagung dan kacau sehingga tepung masak dan sos kelihatan. Pastikan sos sentiasa dikacau selama 1 minit.
4. Biarkan sos sejuk dan masukkan dalam botol kedap udara. Sos siap untuk digunakan.
Selamat mencuba Resipi ini!
FREE SHIPPING 🚚 https://shopee.khairulamingfc.com/PERCUMA