Sichuan Hot & Sour Sup
oleh Kak Wan
Recipi by Chef Hassan Heng
Bahan A
1 keping dada ayam
1 liter air
Rebus ayam hingga masak, alihkan ke dalam mangkuk berisi sejuk.
Toskan, apabila sejuk, carik2 kan isi ayam. Ketepikan.
Tapis air rebusan dan simpan untuk membuat sup.
Bahan B - Gaul dan perap
1/2 keping dada ayam, hiris halus memanjang
2 titis minyak bijan
1/4 sudu teh serbuk lada putih
1/4 kicap cair
1/2 sudu kecil tepung ubikayu
Bahan C
1/2 blok tauhu
1 keping black fungus, rendam
1 biji cendawan bulat segar
1 tangkai cili merah
1/2 batang carrot
4 hiris halia
4 hiris rebung segar atau dalam tin
1/2 packet cendawan Enoki
2 batang crabstick, carik2 kan
2 tangkai cili padi, jika suka pedas
2 sudu besar minyak untuk menumis
Tauhu, black fungus, cendawan, cili, carrot, rebung dan halia di hiris halus memanjang.
Bahan D
1 1/2 sudu besar kicap cair
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
2 sudu besar cili bean paste, boleh di beli di pasaraya
2 sudu besar cuka hitam
1/2 sudu besar cuka apple
1 1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil serbuk pati ayam / chicken stock
2 sudu besar bancuhan tepung ubi
1 biji telur, kocok ringan
Cara-cara :
- Panaskan minyak, tumis halia sebentar hingga naik bau, masukkan perapan isi ayam.
- Goreng sebentar hingga ayam masak.
- Masukkan air rebusan dan masak hingga mendidih.
- Masukkan carrot, rebung, black fungus, cendawan segar, dan cendawan enoki.
- Apabila mendidih masukkan kicap, lada putih, cili bean, cuka, gula, garam dan serbuk pati ayam.
- Kacau rata dan masukkan cili hiris dan tauhu.
- Masuk bancuhan tepung ubi, kacau rata.
- Tuang telur sambil di pusing dengan sudip hingga rata.
- Akhir sekali masukkan isi ayam carik dan crabstick.
- Masukkan ke dalam mangkuk, tuang sedikit minyak cili dan taburan daun sup.
- Sup boleh di makan begitu saja atau di hidang bersama mee, kwayteow atau di cicah roti.
Sichuan Hot & Sour Sup