30 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 26, 2024
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    SIAKAP STIM

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale

    Resipi SIAKAP STIM PALING MUDAH

    Alhamdulillah syukur rezeki untuk makan tengah hari kita hari ini. Ini adalah cara saya memasak siakap stim yang sangat mudah. Jangan kecam ya.

    Bahan-bahan:

    • Ikan siakap - 1 ekor
    • Halia - 4 inci (lebih banyak, lebih sedap)
    • Serai - 5 batang
    • Bawang putih - 6/7 ulas (lebih banyak, lebih sedap)
    • Cili kecik merah - 5 tangkai
    • Jeruk bawang putih - 3 biji
    • Buah lemon - 1 biji (perah dan ambil jus sahaja)
    • N guna sos lemon Thai sahaja
    • Sos ikan Thai - secukup rasa
    • Garam, perasa, dan gula - secukup rasa
    • Daun ketumbar

    Cara membuatnya:

    1. Potong semua bahan seperti dalam gambar.
    2. Setelah semua bahan dipotong, masukkan bahan-bahan tersebut ke dalam perut ikan seperti mengandung. Bahan-bahan yang tersisa boleh ditaburkan di atas ikan. Tambahkan jus lemon, pati limau nipis, sos ikan, sedikit garam, perasa, dan gula. (Jangan terlalu banyak garam kerana sos ikan sudah masin.)
    3. Masukkan air dan tutup periuk atau kuali. Biarkan ikan masak.
    4. Sebelum mematikan api, taburkan daun ketumbar yang telah dihiris (seperti dalam gambar). Gaul rata, biar sebentar, dan sekarang kita boleh mencuba untuk menambahkan apa yang kurang. Siap!
    5. Sajikan bersama sayur kailan ikan masin dan telur dadar.

    Selamat mencuba!


    FREE SHIPPING 🚚 https://shopee.khairulamingfc.com/PERCUMA

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.