Bahan A
200gm cendawan hitam
200gm brocolli
1/2 batang carrot - di potong bulat
5 batang jagung muda - di potong panjang
Bahan Perasa
2 ulas bawang putih di cincang
sedikit minyak masak untuk menumis
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap cair
2 sudu kecil minyak bijan
3/4 cawan air
1 sudu kecil tepung jagung + 2 sudu kecil air (larutkan)
Serbuk lada hitam secukupnya
garam secukup rasa **
Cara-cara :
1. Masak air dan sedikit minyak masak hingga mendidih. Celur bahan A sekejap, kemudian toskan. Atur di dalam pinggan
2. Tumis bawang putih dengan sedikit minyak hingga naik bau. Masukkan air, sos tiram, kicap cair, serbuk lada hitam, garam dan minyak bijan.  Biarkan mendidih sekejap.
3. Kemudian masukkan larutan tepung jagung, kacau dan biarkan pekat sedikit. Angkat dan tuangkan ke atas sayur yang di celur tadi.
** gunakan garam sedikit saja kerana kicap cair sudah masin.