Salad Sotong / Kerabu Sotong Thai
oleh Kak Wan
Bahan-bahan
1/2 kg sotong sedang, buang dakwat nya
Sedikit garam dan cuka
1 batang serai
1 helai daun limau purut
1 gengam suun, rebus dan toskan
Cara :
Gaul sotong dengan sedikit garam dan cuka.
Cuci bersih dan toskan.
Masak air bersama serai dan daun limau purut hingga mendidih
Masukkan sotong dan celur sebentar
Angkat dan masukkan ke dalam bekas berisi air sejuk. Toskan
Bahan Salad
1 biji manga muda, di sagat
5-6 tangkai cili padi
2 ulas bawang putih, bakar dahulu
1 batang kacang panjang, potong pendek
1 sudu besar sos ikan
1 sudu kecil garam
1 sudu besar jus limau nipis
1 sudu besar gula melaka racik
5 biji tomato ceri, belah 2
1 batang daun ketumbar, hiris
2 sudu besar kacang tanah sangai
Cara :
Tumbuk kasar cili padi, bawang putih dan kacang panjang.
Perasakan dengan sos ikan, gula melaka, garam dan jus limau nipis.
Gaul bersama manga dan tomato ceri.
Masukkan sotong dan suun, gaul rata.
Tabur dengan hirisan daun ketumbar dan kacang tanah.
Salad Sotong / Kerabu Sotong Thai