Puding Tembikai / Agar-agar Tembikai
+ Cara buat puding tembikai
Cara-cara :
1. Basahkan mangkuk atau loyang. Telengkupkan.
2. Masak serbuk agar-agar, gula dan air hingga mendidih. Masukkan esen rose dan tuangkan ke dalam mangkuk besar yang lain. Biar agar-agar suam sedikit.
3. Sementara itu, pukul putih telur hingga kembang. Masukkan 1 senduk agar-agar ke dalamnya, putar hingga suam dan rata.
4. Kemudian masukkan putih yang di pukul tadi sedikit demi sedikit ke dalam agar-agar sambil di putar menggunakan hand whisk perlahan-lahan hingga licin dan tidak berketul. Jangan memasukkan putih telur sekaligus kerana menyebabkan lapisannya terapung dan terpisah dari agar-agar.
5. Tuang adunan ke dalam mangkuk / loyang yang di basahkan tadi.
6. Titikkan di tengahnya dengan 2 sudu kecil pewarna (tambah jika mau warna yg lebih terang).
7. Untuk bahagian tengah tembikai, ambil lidi / garpu, kacau membentuk bulatan, tetapi jangan sampai ke dasar mangkuk. Kemudian atur kismis sebagai biji tembikai.
8. Biarkan suam dan masukkan dulu di dalam peti sejuk hingga beku.
9. Keluarkan agar-agar, untuk kulitnya, celup berus ke dalam pewarna hijau dan warnakan bahagian luarnya sebagai kulit tembikai. Biarkan pewarna mengering barulah di simpan di dalam peti sejuk sebelum di hidangkan.
Nota :Â Berkerja dengan agar-agar yang mengandungi putih telur perlu di lakukan dengan cepat kerana ia cepat membeku.
Tujuan memasukkan putih telur berperingkat (sedikit demi sedikit) adalah supaya ketika mengadunnya agar-agar menjadi suam dan dapat bergaul rata dengan putih telur. Agar-agar yang panas akan memasakkan adunan putih telur dan membuat ia terapung dan terpisah dari agar-agar.