Puding Lapis AvocadoÂ
oleh Kak Wan
Bahan A
10gm serbuk agar-agar
200gm avocado - kisar halus dengan 1 sudu besar gula pasir
600 ml susu segar
100gm gula pasir
Bahan B
20gm serbuk agar-agar
1200ml susu segar
200gm gula pasir
1 biji kuning telur - pukul ringan
pewarna pink
Acuan atau loyang 8in - basahkan terlebih dahulu
Penyediaan :
1. Â Bahan A : Â Satukan susu, gula dan serbuk agar-agar ke dalam periuk. Â Masak hingga mendidih. Â Matikan api dan masukkan pes avocado, whisk hingga rata. Â Ketepikan.
2. Â Bahan B : Â Satukan semua bahan B dan masak hingga mendidih. Â Bahagikan kepada 2 bahagian, satu warna asal dan satu lagi di letak pewarna pink.
3. Â Tuang lapisan avocado, biarkan hampir beku, tuang lapisan putih.
4. Â Bila lapisan putih hampir beku, tuang lapisan pink. Â Simpan di dalam peti sejuk hingga mengeras.
Puding Lapis Avocado