Puding Laici / Laychee Pudding
Bahan Lapisan Atas
10gm serbuk agar-agar
600ml air
100ml sirap laici
100gm gula pasir
pewarna ungu
1 tin laici (Toskan sirapnya untuk lapisan atas dan bawah)
Buah laici di bahagi 2 bahagian (1/2 untuk hiasan dan 1/2 untuk di kisar)
Bahan Lapisan Bawah
15gm serbuk agar-agar
500ml air
200ml sirap laici *
10 biji buah laici*
100gm gula pasir
200ml susu sejat Ideal
Loyang 9in atau acuan kecil di basahkan dahulu
Cara-cara :
1. Atur buah laici di dalam loyang ketepikan.
2. Masak bahan lapisan atas hingga mendidih. Masukkan pewarna yang di sukai.
3. Tuang sedikit agar-agar ke dasar loyang, tetapi tidak melepasi ketinggian buah laici. Biarkan agar-agar set (stabil) baru di tuang baki agar-agar (ini untuk mengelakkan buah laici terapung dan berada pada kedudukannya.
4. Untuk lapisan bawah, kisar sirap laici bersama buah laici. ketepikan.
5. Masak serbuk agar-agar, air dan gula hingga mendidih. Masukkan susu cair dan buah laici yang di kisar. Kacau rata dan tuang ke atas lapisan atas tadi.
6. Biarkan suam dahulu sebelum di simpan di dalam peti sejuk. Bila beku keluarkan dari acuan.
Puding Laici / Laychee Pudding