26.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 26, 2024
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Puding Kek Gulung / Roll Cake Puddings

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale


    Puding Kek Gulung / Roll Cake Puddings

    Bahan Kek Gulung Pandan

    5 kuning telur

    2 putih telur

    60 gram gula kaster

    1 sudu teh ovalete

    25gm tepung gandum

    10gm susu tepung

    10gm tepung jagung

    60gm mentega cair

    1 sudu teh pandan emulco

    Jem strawberry untuk sapuan secukupnya

    Loyang 10 x 10 x 3 (Alas dasar dan gris dgn mentega)

    Cara-cara :

    1. Satukan tepung gandum, tepung susu dan tepung jagung.  Ayak dan ketepikan.
    2. Pukul telur, gula dan ovalete hingga kembang dan gebu.  Masukkan pandan emulco.
    3. Perlahankan mixer dan masukkan campuran tepung berselang seli dengan mentega cair, putar hingga bergaul rata.
    4. Tuang ke dalam loyang dan bakar pada suhu 180c selama 15 minit hingga masak.
    5. Sapu permukaan kek dengan jem strawberry dan gulung hingga padat.
    6. Potong setebal 1/2cm dan atur di dalam mangkuk bulat.  Ketepikan.
    MENARIK:  Kerabu Daging Ala Thai


    Bahan Puding
    1 cawan fruit cocktail (buah sahaja)

    8gm serbuk agar-agar (2 sudu kecil)

    80gm gula pasir

    400ml air

    125ml susu sejat

    1 sudu besar tepung kastard
    Cara-cara :

    1. Masak air, gula dan serbuk agar-agar hingga larut.
    2. Satukan susu sejat dan tepung kastard, gaul hingga larut dan tidak berketul.  Kemudian tuang ke dalam agar-agar, masak hingga mendidih.
    3. Tutup api, masukkan fruit cocktail, gaul rata dan tuang ke dalam mangkuk berisi kek gulung.  Atur lebihan kek di atas permukaan puding.
    4. Simpan di dalam peti sejuk hingga beku sebelum di keluarkan dari acuan.
    5. Enak di hidang dingin.

    Puding Kek Gulung / Roll Cake Puddings

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.