28.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 18, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Puding Karamel Oren / Caramel Orange Pudding

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale


    Puding Karamel Oren / Caramel Orange Pudding

    Bahan Karamel Oren
    180gm gula pasir
    2 sudu besar air + 2 sudu besar jus oren atau sunquick

    Bahan Puding
    8 biji telur
    130gm gula pasir
    60ml (2 sudu besar) jus oren atau sunquick
    1 sudu besar tepung jagung
    400ml susu sejat Ideal (1 tin)
    100ml susu segar

    *** Jika menggunakan sunquick tambahkan sukatan gula kerana agak masam.

    Cara-cara :
    1.  Karamel Oren :  Masak gula pasir hingga cair dengan api kecil  (jangan di kacau sehingga semua gula cair) baru di tuang air, jus oren di tepi periuk supaya tidak terpercik.  Tutup api dan kacau cepat-cepat.  Kemudian tuangkan ke dalam loyang 9".
    2.  Puding : Satukan semua bahan puding, pukul hingga rata, kemudian tapis ke dalam loyang berisi karamel oren.
    3.  Panaskan pengukus, kukus selama 30 minit atau di bakar di dalam oven secara bain marie selama 1 jam.
    4.  Biarkan puding sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk sebelum di terbalikkan ke dalam pinggan (karamel berada di atas) dan di hidangkan.

    *** Selain jus dari buah oren, jus oren dari sunquick juga boleh di gunakan.
    *** Kaedah bain marie / stim bath utk mengelak puding menjadi hangus.

    MENARIK:  Hokkaido Chiffon Cupcakes

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.