29.4 C
Kuala Lumpur
Friday, June 20, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Portuguese Egg Tarts / Pastel de Nata

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale


    Portuguese Egg Tarts / Pastel de Nata
    oleh Kak Wan

    Bahan-bahan
    120gm gula kaster
    5 biji kuning telur + 2 biji telur (di pukul rata, tapis)
    280ml whipping cream / susu cair
    2 sudu besar tepung jagung + 3 sudu besar air (larutkan)
    1 sudu kecil esen vanila
    1 sudu kecil jus lemon - jika suka


    Puff pastry 1 packet - 375gm
    Menghasilkan 10 biji (acuan muffin)

    Cara-cara :
    1. Inti Kastard :  Panaskan whipping cream dan gula hingga larut di atas api sederhana.  Masukkkan telur yang telah di pukul sedikit demi sedikit sambil di kacau perlahan-lahan.
    2.  Masukkan larutan tepung jagung dan kacau hingga adunan menjadi pekat.  Tutup api dan ketepikan dahulu.


    3.  Kulit Tart :  Keluarkan puff pastry dari tempat sejuk beku.  Biarkan pada suhu bilik hingga lembut.
    4.  Buka bungkusan dan taburkan sedikit gandum di atas papan pencanai.  Kemudian canai memanjang setebal 3mm.
    5. Kemudian gulung seperti menggulung swiss roll.  Simpan sekejap di dalam peti sejuk.
    6.  Potong pastry sebanyak 10 bahagian (bergantung pada saiz acuan tart), canai bulat setiap bahagian dan tekan ke dalam acuan tart / muffin sehingga memenuhi acuan.  Cucuk dasarnya dengan garpu.  Buat sehingga habis.

    7.  Panaskan oven pada suhu 200C.
    8.  Tuang adunan ke dalam acuan sehingga 3/4 penuh.  Bakar selama 25 minit sehingga keperangan.
    Ketika di bakar adunan akan mengembang ...
    Selepas di keluarkan ia akan mengecut seperti ini ..

    MENARIK:  Apam Labu Soya Yeo's

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.