Bahan Kulit Popia : (12 kpg)
2 cawan tepung gandum
1 biji putih telor
3/4 cawan air
2 sudu makan cuka
secubit garam
Bahan Inti
1 cawan sengkuang parut
1 cawan lobak merah parut
1 cawan taugeh
1 cawan zuchini atau timun
3 ulas bawang putih - cincang halus
garam dan serbuk lada sulah
1 cawan kacang tanah goreng - tumbuk kasar
1/2 cawan bawang goreng
Cadangan lain : Tauhu goreng hiris halus dan telur dadar - jika suka
Daun Salad
- Inti : Panaskan sedikit minyak, goreng bawang putih hingga keperangan. Masukkan lobak merah dahulu, di ikuti sengkuang, taugeh dan timun. Perasakan dengan sedikit garam dan serbuk lada sulah.
- Kacau sebentar hingga rata, kemudian angkat.
Cara-cara : Kulit Popia
- Campurkan kesemua bahan kulit ke dalam mangkok adunan, gaulkan (macam buat cokodok) kemudian tutup dan biarkan sebentar sekurang-kurangnya 1/2jam.
- Ambil sejemput dan lenserkan ke atas kuali non stick leper.
- Buat dari arah jam, mulakan dari tepi dulu dan kemudian sapukan bahagian tengah dengan sisa tepung yang masih ada di tangan.
- Ratakan membulat di dalam kuali non stick, biarkan seketika hingga masak.
- Angkat kulit popia dan letakkan dalam pinggan . Boleh disusun berlapis2, (tak lekat).
- Ambil sekeping kulit popia dan sapukan dengan sos, tabur dengan kacang tanah. Letak 2 keping salad serta inti dan dan taburan bawang goreng
7. Lipat dan gulung dan sedia untuk dimakan
Bahan Sos :
3 sudu besar cili kisar
1/2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar udang kering - rendam dan tos
1 biji ubi kentang (kecil) - rebus
2 sudu besar bawang goreng
1 sudu besar kicap pekat
4 sudu besar gula pasir (sos perlu manis)
1/2 keping gula melaka
Garam secukup rasa
1/4 cawan air asam jawa
Cara-cara :
- Masukkan kesemua bahan sos ke dalam pengisar dan kisar hingga halus.
- Masukkan ke dalam periuk bersama 1 cawan air dan biarkan mereneh dengan api perlahan sehingga pekat.
- Masukkan air asam jawa, kicap, gula, gula melaka dan garam secukupnya. Reneh sehingga kuah hampir pekat.
Popia Basah