Pink Pavlova
Source : Foodnetwork.ca
Bahan-bahan
4 biji putih telur
1 sudu teh cream of tartar
1 cawan gula kaster
1 sudu teh tepung jagung
1 sudu teh cuka makan
20gm serbuk strawberry ice blended
sedikit pewarna pink
Cream
1 cawan UHT whipping cream
2 sudu besar gula kaster
Buah-buahan segar seperti strawbery, berries, kiwi, peach dsbnya
Cara-cara :
1. Pukul putih telur dan cream of tartar hingga berbuih. Masukkan gula kaster dan pukul dengan kelajuan tinggi selama 8 minit hingga kental.
2. Perlahankan mixer, masukkan tepung jagung, serbuk strawberry, pewarna dan cuka makan, pukul sebentar hingga rata.
3. Buat lakaran bulat 10 in di atas kertas parchment. Sudukan adunan dan ratakan memenuhi lakaran tadi.
4. Bakar di dalam oven yang telah di panaskan dahulu pada suhu 120C selama 30-40 minit. Tutup api dan biarkan di dalam oven selama 20 minit.
5. Untuk menghidang, pukul whip cream hingga pekat, masukkan gula kaster dan gaul rata.
6. Picit cream ke atas pavlova dan tabur dengan hirisan buah-buah segar.
Pink Pavlova