28.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 26, 2024
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Nasi Khao Mok Kai

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale


    Nasi Khao Mok Kai
    oleh Kak Wan

    Bahan-bahan
    1 ekor ayam, potong 4

    Bahan Nasi
    3 cawan beras Basmathi, rendam 20 minit.
    4 cawan air
    1 cawan susu sejat atau yogurt asli
    2 sudu kecil garam atau secukup rasa
    2 sudu kecil serbuk pati ayam
    3 sudu besar minyak sapi
    3 sudu besar rempah Khao Mok**

    Rempah Khao Mok**
    2 sudu kecil serbuk kari ayam/daging
    1 sudu kecil serbuk kunyit
    1 sudu kecil serbuk ketumbar
    1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
    1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
    1/2 sudu kecil kayu manis


    Bahan Hiris
    3 ulas bawang merah
    2 ulas bawang putih
    1/2 inci halia
    3 batang akar ketumbar

    Rempah Kasar
    1 kulit kayu manis
    1 bunga lawang
    2 helai daun bay
    3 biji pelaga
    3 biji bunga cengkih

    Penyediaan Nasi :

    1. Panaskan minyak sapi, tumis bahan hiris dan rempah kasar hingga wangi.
    2. Masukkan rempah Khao Mok dan kacau dengan api perlahan supaya tidak hangus.
    3. Masukkan air. garam dan akar ketumbar.
    4. Apabila mendidih, masukkan ayam. Rebus hingga ayam setengah masak.
    5. Keluarkan ayam dan toskan.
    6. Masukkan air rebusan ayam kedalam periuk nasi letrik.
    7. Tambah susu, garam dan serbuk pati ayam.
    8. Masukkan beras, kacau rata.  Tutup periuk dan biarkan masak.
    9. Setelah masak gemburkan nasi dengan garpu perlahan-lahan supaya tidak patah.
    10. Hidang bersama ayam goreng, bawang goreng dan sos cili.


    Ayam Khao Mok :
    Lumurkan ayam dengan serbuk pati ayam, garam dan kunyit.
    Perap sebentar hingga mesra.
    Goreng ayam yang di perap tadi.

    MENARIK:  Butterscoth Chantilly Cream

    Sos Cili Merah
    3 tangkai cili merah
    6 tangkai cili padi
    3 ulas bawang putih
    1 /4 cawan cuka
    3 sudu besar gula
    1 sudu kecil garam

    Kisar dan masak hingga mendidih, Sejukkan dahulu.

    Sos Cili Hijau
    5 tangkai cili hijau
    6 ulas bawang putih
    1/2 cawan daun pudina
    1/2 cawan daun ketumbar
    1/4 cawan gula
    1/4 cawan cuka
    1 sudu kecil garam

    Kisar semua bahan hingga halus.  Tidak perlu di masak.

    Nasi Khao Mok Kai

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.