- Advertisement -
Bahan-bahan
2 mangkuk nasi sejuk
1 mangkuk isi ayam cincang
1 paket cendawan butang segar, hiris
1 tangkai daun bawang, hiris
4 ulas bawang putih, cincang
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil kicap cair
1 sudu kecil serbuk ayam KNORR
1 sudu besar marjerin
Sedikit minyak masak
Penyediaan :
Panaskan marjerin dan minyak, tumis bawang putih hingga keperangan.
Masukkan isi ayam dan cendawan. Kacau hingga isi ayam masak.
Masukkan kicap cair dan sos tiram, gaul rata.
Masukkan nasi dan serbuk ayam, kacau hingga rata.
Akhir sekali masukkan daun bawang.
Sedia di hidang.
Nasi Goreng Cendawan
KEMPEN IKLAN