26.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 26, 2024
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    NASI GORENG BUAH NAGA

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale

    NASI GORENG BUAH NAGA dan AYAM POPCORN ALA KOREA
    oleh Kak Wan

    BAHAN-BAHAN:
    3 cawan Nasi Sejuk
    1/2 cawan potongan Buah Naga
    1 sudu besar Bawang Merah kisar
    1 sudu besar Bawang Putih kisar
    2 biji Telur, di kocok ringan
    1 sudu kecil Garam
    1 sudu kecil serbuk Pati Ayam
    1 sudu kecil serbuk Lada Putih
    1/4 cawan Minyak Masak

    CARANYA:

    1. Panaskan minyak, tumis bawang kisar hingga naik bau.
    2. Tuang telur dan kacau hingga masak.
    3. Masukkan nasi dan buah naga, gaul rata.
    4. Tambah serbuk pati ayam dan serbuk lada putih.
    5. Gaul rata dan hidangkan dengan Ayam Popcorn Ala Korea.

    AYAM POPCORN ALA KOREA

    BAHAN-BAHAN:
    300 dada Ayam, potong dadu
    1 sudu kecil serbuk Lada Putih
    1 sudu besar serbuk Pati Ayam
    1 cawan Tepung Gandum
    1 cawan Tepung Beras
    1 sudu teh Soda Bicarbonate
    1 biji Telur, pukul ringan
    Minyak untuk mengoreng

    CARANYA:
    Gaul ayam dengan serbuk pati ayam dan lada putih hingga rata.
    Satukan tepung gandum, tepung beras dan soda bikabonat.
    Salut ayam dalam tepung dan celup dalam adunan telur.
    Salut sekali lagi dalam tepung hingga bersalut rata.
    Goreng hingga keperangan. Toskan.

    BAHAN SOS:
    3 ulas Bawang Putih cincang
    2 sudu besar Cili Kisar
    2 sudu besar Madu
    2 sudu besar Sos Cili
    1 sudu besar Sos Tomato
    2 sudu kecil Gula Perang
    1/2 cawan Sos Cili
    1/2 sudu teh Garam
    1/2 sudu teh serbuk Perasa
    Bijan secukupnya - di sangai

    CARANYA:

    Tumis bawang putih dan cili kisar hingga garing.
    Masuk sos tomato, sos cili, madu, gula. garam dan perasa, gaul rata.
    Masukkan ayam yang di goreng, gaul bersama sos hingga rata.
    Tabur bijan, hidang bersama nasi lemak buah naga.

    MENARIK:  Teh C Peng / 3 Layer Tea

    NASI GORENG BUAH NAGA

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.