23.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 11, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Nasi Dagang Trengganu

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale


    Nasi Dagang Trengganu
    oleh Kak Wan
    Sumber - Dyg Suhaini MAHI

    Bahan-bahan
    500gm beras nasi dagang
    200gm beras biasa
    300gm beras pulut
    2 cawan santan cair
    3 cawan santan pekat (masak sehingga mendidih)
    2 sudu kecil garam
    10 ulas bawang merah-dimayang
    2 inci halia-dimayang
    2 ulas bawag putih-dimayang
    Sesudu besar halba-rendam

    Cara-cara:
    Campur semua beras, cuci bersih dan rendam 4 jam.  Jika menggunakan beras pulut Kelantan rendam semalaman.


    Panaskan kukusan dan kukus sehingga separuh masak lebih kurang 20 minit.

    Keluarkan dari pengukus dan masukkan ke dalam bekas lain.  Gaul sebati bersama santan cair.
    Masukkan kembali kedalam pengukus dan kukus selama 20 minit atau sehingga masak.

    Masukkan ke dalam bekas besar, masukkan santan pekat, garam, halia, bawang hiris dan halba, gaul sebati. Siap.

    *kalau tiada beras nasi dagang, memadai mengguna campuran beras biasa dan beras pulut sahaja (300g pulut + 700g beras biasa)
    * atau 1kg beras pulut Kelantan (di rendam semalaman)

    Gulai Ikan Tongkol

    Bahan-bahan
    1 1/2 kg ikan tongkol -direbus dengan asam keping, garam dan 1/2 keping gula melaka
    1 kg santan segar
    10 biji cili kering (buang biji, rendam air panas dan toskan)
    10 ulas bawang merah
    1 ulas bawag putih
    1 inci lengkuas
    1 inci halia
    1 inci kunyit
    3 sudu rempah nasi dagang/rempah gulai cap ros (jika tiada guna serbuk kari ikan pun boleh)
    1 keping gula melaka
    Asam keping
    Sedikit kerisik jika suka
    Garam secukup rasa
    Serbuk perasa
    Cili api hijau utk hiasan

    Cara-cara:
    Kisar cili kering,bawang, halia, lengkuas dan kunyit hingga halus.
    Masak santan hingga pecah minyak.  Masukkan bahan kisar bersama air secukupnya.
    Bancuh rempah dengan sedikit air dan masukkan kedalam periuk bersama gula melaka dan kerisik.
    Masak hingga mendidih, perasakan dengan garam secukupnya.
    Masukkan ikan tongkol yang direbus tadi.  Apabila hampir diangkat masukkan cili api hijau sebagai hiasan.

    MENARIK:  Kerabu Mangga

    Cadangan Hidangan
    Acar Mentah
    Telur Rebus


    Acar Mentah
    1 batang timun
    1/2 batang carrot
    2 tangkai cili merah
    1 ulas bawang merah
    1 hiris nenas jika suka
    1 sudu besar gula
    1/2 sudu besar garam
    1 sudu besar cuka

    Semua sayuran di potong memanjang, gaul bersama gula, garam dan cuka hingga bergaul rata.

    Nasi Dagang Trengganu

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.