NASI BRIYANI KELANTAN
oleh Kak Wan
BAHAN-BAHAN :
1 ekor Ayam, potong 8
3 cawan Beras Basmathi, rendam 20 minit.
3 cawan Air
1/2 cawan Susu Sejat
1/2 paket Pes Perencah Briyani MAGGI
2 sudu kecil Serbuk Cili
1 sudu kecil Serbuk Kunyit
3 sudu besar minyak sapi
BAHAN TUMIS :
3 ulas bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1/2 inci halia, hiris
3 batang akar ketumbar
1 kulit kayu manis
1 bunga lawang
2 helai daun bay
3 biji pelaga
3 biji bunga cengkih
PENYEDIAAN :
1. Panaskan minyak sapi, tumis bahan tumis hingga wangi.
2. Masukkan Pes Perencah Briyani MAGGI, air dan akar ketumbar.
3. Bila mendidih, masukkan ayam. Rebus hingga ayam setengah masak.
4. Keluarkan ayam dan toskan. Ketepikan hingga sejuk.
5. Masukkan air rebusan ayam ke dalam periuk nasi letrik.
6. Masukkan beras dan susu sejat, gaul rata.
7. Bila nasi mengering, titiskan saffron atau pewarna oren.
8. Tutup periuk dan biarkan seketika.
9. Gemburkan nasi perlahan-lahan supaya tidak patah.
10. Gaul ayam dengan serbuk cili dan serbuk kunyit.
11. Goreng hingga garing.
12. Hidang bersama nasi briyani, bawang goreng, dan sos.
SOS CILI MERAH :
3 tangkai cili merah
6 tangkai cili padi
3 ulas bawang putih
1 /4 cawan cuka
3 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
Kisar dan masak hingga mendidih, Sejukkan dahulu.
SOS CILI HIJAU :
5 tangkai cili hijau
6 ulas bawang putih
1/2 cawan daun pudina
1/2 cawan daun ketumbar
1/4 cawan gula
1/4 cawan cuka
1 sudu kecil garam
Kisar semua bahan hingga halus. Tidak perlu di masak.
NASI BRIYANI KELANTAN