26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 3, 2024
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    moist chocolate cake

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale

    Selamat datang kepada semua sahabat dan peminat baker yang manis..
    Berikut adalah Resipi kek coklat lembap yang saya gunakan untuk jualan sebelum ini..
    Saya telah menggunakan Resipi ini selama 4 tahun dan tidak pernah menukar kerana ramai pelanggan yang memuji kek ini sedap dan tahan lama..
    Jika ada yang berminat, boleh mencubanya. Resipi di bawah menggunakan ukuran gram kerana lebih tepat dan hanya menggunakan HAND WHISK..tanpa mesin-mesin haha..

    Bahan-bahan:
    Bahan A:
    - 90gm serbuk koko
    - 200gm gula kastor
    - 200gm minyak masak/minyak jagung/canoli/sunflower
    - 250g susu pekat
    - 1 tin susu cair

    Bahan B (dicampur dan dipukul sehingga kembang):
    - 4 biji telur gred A
    - esen vanila

    Bahan C (dicampur dan diayak):
    - 150 gm tepung gandum/kek/superfine
    - 1 sudu kecil baking powder
    - 1 sudu kecil baking soda

    Cara-cara:
    1. Masukkan semua bahan A dalam satu bekas stainless steel/periuk, kacau rata sehingga sebati dan masak atas api kecil..API KECIL YE!
    Masak sekejap sahaja sambil adunan dikacau perlahan-lahan..tidak perlu direbus atau menjadi berembun..adunan hanya perlu hangat-hangat sahaja..jika rasa bahawa bekas tersebut sudah panas, boleh terus tutup api.
    2. Masukkan bahan B ke dalam adunan yang telah disediakan tadi dan kacau sehingga sebati.
    3. Masukkan juga bahan C dan kacau sehingga sebati.
    4. Tuangkan ke dalam loyang yang telah disapu dengan butter/marjerin dan dilapik dengan baking paper..saya menggunakan loyang saiz 9 inci..jika hendak kek yang lebih tebal menggunakan LOYANG 8 inci.
    5. Panaskan oven terlebih dahulu (preheat) saya panaskan selama 10 minit pada suhu 180 darjah Celsius.
    Bakar sehingga masak..jika ingin dikukus, juga boleh..saya bakar dalam oven pada suhu 160 darjah Celsius selama 1 jam..walaupun dibakar tetapi kek ini tetap lembap.
    6. Sejukkan kek terlebih dahulu sebelum membubuhkan choc topping..saya sejukkan kek dalam chiller..nanti topping akan melekat cantik pada kek.

    Resipi choc topping:
    - 200gm choc compound/choc masak..didadu/dipotong kecil
    - 100gm whipping cream
    Masukkan choc compound dalam bekas stainless steel..double boil kan..apabila coklat telah cair, masukkan pula cream tadi..kacau sehingga sebati..siap

    *Jika ingin pekat sedikit, gunakan 80gm whipping cream.


    FREE SHIPPING 🚚 https://shopee.khairulamingfc.com/PERCUMA

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.