30.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, March 16, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Love Cupcake

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale


    Love Cupcake
    Decorating Ideas Bakeitinacake.com

    Bahan-bahan
    340gm mentega
    550gm gula kaster
    6 biji telur grade B
    4 sudu teh baking powder
    1 sudu teh baking soda
    3 sudu teh esen vanila
    1/4 tsp salt
    600gm tepung gandum
    600ml susu segar
    pewarna merah

    Loyang 8' x 8' di alas dan di gris
    25 biji cawan kertas
    Acuan bentuk hati @ love

    Cara-cara : 
    1.  Ayak tepung, baking powder, soda bikabonat dan garam.  Ketepikan.
    2.  Pukul mentega dan gula hingga kembang dan putih.  Masukkan telur satu persatu dan putar hingga bergaul rata.  (scrapkan tepi mangkuk pengadun supaya adunan bergaul rata) putar hingga sebati.
    3.  Masukkan tepung yang diayak tadi berselang seli dengan susu cair.  Pukul dengan kelajuan sederhana hingga rata dan berkrim.
    4.  Ambil 3 cawan adunan, masukkan ke dalam mangkuk kecil dan letakkan dengan pewarna merah atau pink.  Gaul rata.
    5.  Tuang ke dalam loyang 8 x 8", ratakan dan bakar selama 20-25 minit pada suhu 160C hingga masak.

    MENARIK:  COCONUT FANTASY SMOOTHIE


    6.  Sejukkan dahulu atau simpan dalam peti sejuk supaya cepat sejuk.  Keluarkan kek tadi dan potong menggunakan cutter bentuk hati sebanyak 25 keping yang saiznya sepadan dengan cawan kertas.  Ketepikan.
    7.  Tandakan satu titik dengan pewarna pada cawan kertas (iaitu penanda arah hati di letakkan).  Masukkan ke dalam acuan muffin.
    8.  Ambil 2 sudu besar dari adunan selebihnya dan sudukan ke dalam cawan kertas.  Masukkan potongan hati di tengahnya dan tekan sedikit ke dalam adunan.  Biar potongan hati menghadap ke depan titik yang di tandakan.  Kemudian tutup dengan adunan hingga penuh.
    9.  Bakar selama 25 minit pada suhu 160C atau hingga masak.
    9.  Sejukkan dahulu sebelum di hias dengan cream kesukaan.Tips :  Sewaktu memotong cupcake, pastikan titik penanda berada di depan dan potong melintang untuk mendapat potongan hati yang di idamkan jika tidak anda akan mendapat hati yang patah ! heehhh hehhh ..:) Cupcake Cinta..

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.