Lempeng Ubikayu / Cassava Pancake
oleh Kak Wan
Bahan-bahan
500gm ubikayu parut
100gm kelapa parut putih
2 sudu besar tepung pulut
1 sudu besar gula pasir
1/4 sudu teh garam
2-3 sudu besar air
Cara-cara :
1. Satukan kesemua bahan, gaul rata. Masukkan air sedikit sedikit hingga menjadi adunan yang lembut, tidak keras atau cair.
2. Leser kuali non stick 4in dengan sedikit mentega. Masukkan sedikit adunan, ratakan dan tekan2 sedikit.
3. Masak dengan api perlahan hingga bahagian bawah perang, baru di terbalikkan.
4. Biarkan setika sehingga kedua permukaan menjadi perang.
Lempeng Ubikayu / Cassava Pancake