Lemon Meringue Tart
oleh Kak Wan
Kulit Tart
210gm tepung gandum
1/8 sudu teh garam
113gm mentega
50gm gula kaster
1 kuning telur A - pukul ringan
Lemon Curd
3 biji telur
80ml jus lemon
150gm gula pasir
56gm mentega - potong kecil
1 sudu besar parutan kulit lemon
Meringue
4 biji putih telur
130gm gula kaster
1/2 sudu kecil cream of tartar
Cara-cara :
1. Kulit : Satukan tepung dan garam. Ketepikan. Pukul mentega dan gula hingga kembang dan lembut dengan sendok kayu. Masukkan kuning telur dan pukul sebati tetapi jangan overmix. Masukkan tepung dan gaul hingga menjadi doh. Bungkus dan simpan selama 30 minit di dalam peti sejuk sebelum di gunakan.
2. Sediakan acuan tart (8-9 in) loose base tin atau acuan mini tart. Canai pastri 1/8 in tebal dan masukkan ke dalam acuan tart. Trim tepinya. Cucuk dasarnya dengan garpu. Tutup dengan plastik dan simpan di dalam peti sejuk selama 20 minit.
3. Panaskan oven pada suhu 180C dan bakar kulit tart separuh masak di rak tengah selama 15-20 minit.
4. Sejukkan dahulu kulit tart. Pipekan lemon curd hingga penuh dan ratakan permukaannya. Bakar semula di rak tengah pada suhu 170C selama 15 minit.
5. Keluarkan dari oven dan pipekan dengan meringue di atasnya ketika lemon curd masih panas (untuk mengelakkan meringue dari tengelam). Bakar di rak atas dengan api atas sahaja selama 5 minit atau hingga meringue keperangan.  atau bakar meringue menggunakan blowtorch.
Lemon Curd : @ DISINI
Pukul ringan telur, masukkan gula dan jus lemon, kacau hingga rata. Masak di atas air mendidih (double boil) dan kacau hingga menjadi pekat (kepekatan sos atau sour cream). Masukkan mentega dan kacau hingga larut. Masukkan parutan kulit lemon, gaul rata.
Tuang atau pipe ke dalam kulit tart dan ratakan permukaannya. Bakar pada suhu 170C selama 10 minit hingga permukaannya mengeras tetapi jangan sampai keperangan.
Meringue :
Pukul putih telur dan cream of tartar hingga berbuih. Masukkan gula kaster dan pukul dengan kelajuan tinggi hingga kembang dan bertanduk. Masukkan ke dalam piping bag dan picit di atas permukaan tart.
Lemon Meringue Tart