34.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 17, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Lasagna Cendawan

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale


    Lasagna Cendawan
    oleh Kak Wan

    Bahan-bahan
    4 keping lasagna segera
    (rendam lasagna hingga lembut dalam air, toskan sebelum di masukkan ke dalam acuan)

    ** lasagna segera tidak perlu dicelur tetapi kerana sos cendawan ini agak kering, jadi rendam dulu kulit lasagna

    Bahan Inti
    1 labu bawang besar di cincang/dadu
    3 ulas bawang putih di cincang
    100gm cendawan hitam di hiris
    100gm cendawan butang di hiris
    100gm cendawan enoki di hiris
    100gm lof ayam/daging di potong dadu
    3 sudu besar marjerin / minyak zaitun
    3 sudu besar tepung gandum
    3 sudu besar parutan keju cheddar
    100ml susu cair
    2 biji telur ayam di pukul sedikit
    Gula dan garam secukup rasa
    Sedikit lada sulah

    *** marjerin agak masin, gunakan sedikit saja garam.  Boleh gantikan dengan mentega tanpa garam atau minyak zaitun.

    Bahan Tabur
    50gm parutan keju cheddar
    100gm parutan keju mozarella
    1 biji buah tomato di belah

    MENARIK:  Gelembong Buaya

    Cara-cara :
    1.  Bahan Inti :  Panaskan marjerin, tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik baunya.  Masukkan tepung gandum, gaul rata.  Kemudian tuang susu cair sedikit demi sedikit, kacau hingga sebati.
    2.  Masukkan cendawan, loaf ayam dan keju, perasakan dengan lada sulah, gula dan garam.  Gaul rata dan biarkan sehingga agak kering. Angkat dan sejukkan dahulu.
    3. Kemudian tuangkan telur yang dipukul ke dalam inti, gaul sehingga rata.  Ketepikan.


    4.  Leser acuan dengan marjerin.  Letak sekeping lasagna, letak bahan inti dan ratakan.  Ulangi melapis sehingga habis.  (Lapisan lasagna bergantung pada saiz acuan jika besar tambahkan lapisannya)
    5.  Untuk lapisan akhir, tabur dengan keju hingga rata dan hias dengan hirisan tomato atau cendawan diatasnya.
    6.  Bakar pada suhu 160C selama 30 minit atau sehingga keju keperangan.
    7.  Hidang bersama sos cili.

    Lasagna Cendawan

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.