LAMB SHANK BRIYANI
by Kak Wan @ Resipicitarasawan
BAHAN-BAHAN :
1 1/2 kg Betis Kambing
2 sudu makan pes Halia Bawang Putih
3 sudu makan Minyak Sapi
2 biji Bawang Besar, hiris
4 ulas Bawang Putih, hiris
1 in Halia, hiris
1 batang Kulit Kayu Manis
2 Bunga Lawang
6 biji Cengkih
4 biji Pelaga
1/2 bungkus Pes Perencah Briyani MAGGI
1 1/2 cawan Susu Sejat
2 cawan Air
3 sudu makan Tomato Pes
1/2 keping Gula Melaka
2 sudu makan Kismis goreng
3 sudu makan Gajus goreng
BAHAN NASI :
2 cawan Beras Basmati, rendam 20 minit
3 bunga Cengkih
3 buah Pelaga
1 sudu teh Biji Lada Hitam
2 helai Daun Bay
1 sudu kecil Minyak Masak
GARNISH :
Bawang Goreng
Daun Ketumbar dan Pudina
Kismis dan Gajus Goreng
PENYEDIAAN :
1. Perap betis kambing dengan pes halia bawang putih selama 30 minit.
2. Goreng setengah masak dan toskan.
3. Panaskan minyak sapi, tumis bawang hiris, halia, kayu manis, bunga lawang, cengkih hingga wangi.
4. Masukkan Pes Perencah Briyani MAGGI, tomato pes, gula melaka, gajus dan kismis.
5. Tambah air secukupnya dan susu sejat.
6. Reneh hingga empuk dan kuah setengah pekat. Ketepikan.
7. Rebus Bahan Nasi 3/4 masak. Toskan.
8. Tabur nasi ke atas kambing tadi hingga rata.
9. Titiskan saffron atau pewarna oren.
10. Tabur sedikit bawang goreng, daun pudina dan daun ketumbar.
11. Masak dengan api perlahan selama 15 minit.
12. Bila nasi suam, gemburkan perlahan2 hingga rata.
13. Hidang dengan taburan bawang goreng dan daun ketumbar.
LAMB SHANK BRIYANI