30.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 15, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Labu Goreng Sos Coklat

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale


    Labu Goreng Sos Coklat
    oleh Kak Wan

    Bahan-bahan
    1/2 biji labu sederhana
    1 sudu makan kapur
    1 1/2 liter air

    Tepung Goreng Rangup
    1 cawan tepung beras
    1 sudu besar tepung gandum
    1 sudu besar tepung jagung
    3/4 cawan air
    1 sudu besar air kapur cair
    1 sudu kecil garam
    2 cawan breadcrumbs
    Minyak untuk menggoreng

    Penyediaan :

    1. Kupas kulit labu dan potong setebal 1 inci.
    2. Rendam dalam air dan kapur selama 20 minit dan bilas.  Tos hingga kering.
    3. Bancuh bahan-bahan tepung goreng hingga rata kecuali breadcrumbs
    4. Bancuhan tidak terlalu pekat atau cair.
    5. Celup labu ke dalam bancuhan tepung dan golek di atas breadcrumbs.
    6. Goyang mangkuk berisi breadcrumbs hingga bersalut rata.  
    7. Jangan gunakan tangan untuk mengaul kerana salutan akan melekat pada tangan.
    8. Goreng di dalam minyak sederhana panas hingga keperangan.
    9. Rangup di makan panas bersama sos coklat atau aiscream.
    MENARIK:  Krim Puffs Periuk Kera


    Sos Coklat
    100 ml susu cair
    50 gm coklat gelap, cincang halus
    1 sudu besar nutella atau hazelnut paste

    Penyediaan :
    Panaskan susu hingga berbuih di tepi periuk.
    Tutup api dan masukkan coklat dan nutella.
    Kacau hingga larut.

    Labu Goreng Sos Coklat

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.