Kuih Serimuka Nyonya
oleh Kak Wan
Lapisan Bawah :
500 gm beras pulut (rendam semalaman dgn sekeping asam gelugor)
300 ml santan pekat
200 ml air
2 tsp garam halus
Lapisan Atas :
120 gm tepung gandum
200 gm gula kaster
3 biji telur B
200 ml santan pekat
300 ml air
1/2 tsp perwarna hijau apple
1/4 teh garam
Loyang 10"
Cara-cara :
1. Lapisan Bawah : Cuci beras pulut dan toskan.
2. Kukus dgn bahan-bahan lapisan bawah selama 1/2 jam (sehingga masak)
3. Angkat pulut, gaul sebati dan tekan ke dalam loyang yang di gris dengan minyak hingga padat. Ketepikan.
4. Lapisan Atas : Sebatikan semua bahan lapisan atas, whisk dan tapis. Masak hingga naik wap sahaja, kemudian tuangkan ke dalam lapisan bawah. Tutup loyang dgn aluminium foil dan kukus 1/2 jam lagi.
5. Biarkan betul-betul sejuk baru di potong menggunakan pisau plastik yang telah disapu dgn sedikit minyak.
Kuih Serimuka Nyonya