Kuih Poli Ubikayu / Lopes Ubikayu
Bahan-bahan
1 kg ubi kayu
1 1/2 cawan air + 6 helai daun pandan (kisar, ambil jusnya)
1 sudu teh garam
sedikit pewarna hijau - jika suka
Kelapa parut + sedikit garam (kukus sebentar)
Loyang 10 x 10 (Alas plastik tahan panas)
Sirap Gula Melaka
100 gram gula melaka / gula merah
2 sudu besar gula pasir
1/2 cawan air
1 helai daun pandan
Masak sirap hingga mendidih. Tapis dan simpan semalaman untuk mendapat sirap yang pekat.
Cara-cara :
1. Parut ubikayu, toskan dengan penapis dalam sebuah bekas.
2. Biarkan selama 20 minit. Buang air jernih di permukaan bekas dan ambil mendapan pati ubi.
3. Gaul pati ubi bersama parutan ubikayu, jus pandan dan garam. Gaul rata dan masukkan ke dalam loyang.
4. Kukus selama 30 minit hingga masak.
5. Sejukkan dahulu sebelum di potong kiub dengan pemotong plastik.
6. Gulingkan potongan ubi ke dalam kelapa parut.
7. Makan bersama dengan sirap gula melaka.
Kuih Poli Ubikayu / Lopes Ubikayu