Kuih Pisang Gulung Ubikayu
oleh Kak Wan
Bahan-bahan
650gm parutan ubi kayu
100gm kelapa parut muda
100gm gula pasir
1/2 sudu teh garam
3 biji pisang tanduk / nangka sederhana masak
Pewarna yang disukai
Daun pisang untuk membungkus - layurkan
100gm kelapa parut muda + sedikit garam untuk salutan (kukus sebentar)
Cara-cara :
1. Kukus pisang bersama kulit sebentar. Buang kulit dan sejukkan.
2. Satukan parutan ubikayu, kelapa parut, gula pasir dan garam. Gaul rata.
3. Warnakan adunan mengikut warna yang di sukai.
4. Ratakan 3-4 sudu besar adunan di atas daun pisang, letakkan pisang kukus tadi ditengahnya. Gulung dengan menggerakkan daun pisang ke depan seperti menggulung sushi. Gulung dengan padat dan sematkan dengan lidi di kedua hujungnya.
5. Kukus dengan api besar selama 15-20 minit atau hingga adunan ubikayu menjadi jernih.
6. Angkat, keluarkan daun pisang dan golekkan di atas kelapa parut.
7. Sejukkan dahulu sebelum di potong dengan pemotong plastik.
Kuih Pisang Gulung Ubikayu