Kuih Mangkuk Kastard Pulut Hitam
oleh Kak Wan
Doh KulitÂ
1/2 cawan pulut hitam
1/2 cawan pulut putih
1/2 sudu teh garam
1/2 cawan santan
Inti Kastard
1 biji telur A
1 1/2 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar gula pasir
1 cawan santan sederhana pekat
1/4 sudu teh garam
sedikit pewarna kuning
Acuan lompang 13 biji - gris dengan minyak masak
Cara-cara :
1. Satukan bahan kulit, masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh seperti doh buah melaka.Â
2. Ambil doh dan tekan ke dalam acuan lompang, buat seperti membuat kulit tart. Trim bahagian atasnya. Kulit jangan terlalu tebal, buat nipis supaya tidak keras.
3. Satukan semua bahan kastard, whisk hingga rata dan tapis ke dalam periuk. Masak hingga naik wap sahaja. Bila berketul di dasar periuk, tutup api kacau hingga licin. Masukkan ke dalam jug kecil dan tuang ke dalam doh kulit tadi.
4. Panaskan pengukus dan kukus selama 20-25 minit dengan api sederhana.
5. Sejukkan dahulu sebelum di keluarkan dari acuan.
Kuih Mangkuk Kastard Pulut Hitam