29.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 12, 2024
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Kuih Lompat Tikam

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale


    Kuih Lompat Tikam
    oleh Kak Wan

    Lapisan hijau
    2 cawan tepung beras
    3 cawan air
    1 cawan air daun pandan
    Sedikit pewarna hijau
    1/2 sudu kecil garam
    1 sudu kecil air kapur

    Lapisan putih (Kepala Santan)
    1 cawan tepung beras
    2 cawan santan
    2 cawan air
    1/2 sudu kecil garam

    Pulut merah
    1 cawan pulut direndam 1 jam
    1/2 cawan air
    1/2 sudu kecil garam
    2 sudu besar gula
    Pewarna merah

    Sirap Gula Melaka
    2 keping gula melaka atau gula thai
    4 sudu besar gula pasir
    1 cawan air

    Penyediaan : Lapisan hijau
    Satukan lapisan hijau dan tapis ke dalam periuk.  Masak dengan api sederhana sambil di kacau tanpa henti sehingga adunan mendidih, pekat dan berkilat.
    Tutup api dan masukkan ke dalam bekas, Sejukkan sehingga adunan keras dan senang di potong.

    Penyediaan : Pulut merah
    Panaskan pengukus dan kukus pulut selama 10-15 minit hingga naik wap
    Tutup api dan angkat.  Masukkan ke dalam bekas kemudian tuangkan air yang di campur garam dan gula.  Gaul rata.
    Kukus semula selama 10 minit sehingga naik wap.  Angkat dan sejukkan.

    Penyediaan : Sirap Gula Melaka
    Satukan semua dan masak sehingga gula larut.  Tapis dan sejukkan.

    MENARIK:  Telur Herbal Teh Cina


    Cara Hidangan :
    Potong lapisan hijau, letakkan pulut merah dan tuangkan lapisan kepala santan.  Akhir sekali tuang sirap gula melaka.

    Lompat Tikam

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.