- Advertisement -
KUIH LOMPANG PANDAN
oleh Kak Wan
BAHAN-BAHAN
1 cawan Gula Pasir
3 cawan Air
1/4 sudu teh Garam
2 1/2 cawan Tepung Beras
1/4 cawan Tepung Ubi (3 sudu besar)
1 cawan Air Pandan (Kisar 9 helai daun pandan dan 1 cawan air)
1 sudu besar Air Kapur
1/2 sudu kecil Pewarna Hijau
Minyak untuk olesan
2 cawan Kelapa Parut, gaul sedikit garam, kukus sebentar
35 acuan Lompang kecil, oles minyak
- Masak gula dan air hingga gula larut
- Satukan tepung beras dan tepung ubi.
- Masukkan air pandan, kacau sebati.
- Tuang air gula sedikit-sedikit dan kacau hingga rata.
- Masukkan air kapur, pewarna dan garam.
- Kacau dan tapis ke dalam jug kecil.
- Didihkan air dalam pengukus.
- Panaskan acuan lompang sebentar.
- Kacau dahulu bancuhan sebelum di tuang ke dalam acuan.
- Kukus selama 10-12 minit api sederhana.
- Hidangkan dengan kelapa parut yang telah di kukus.
NOTA:
Kacau bancuhan setiap kali supaya tidak mendap sebelum menuang ke dalam acuan.
KUIH LOMPANG PANDAN
KEMPEN IKLAN